INFO SEMASA

Makluman Semasa

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOGSPOT KAMPUNG KITER..... nafas baru bermula 2019

Monday 11 July 2011

NAJIS LEMBU YANG MELAMPAU

Untuk tatapan sekelian warga kampung pasir nering, selesakah anda dengan keadaan yang dihadapi sekarang yana mana setiap pagi terpaksa mengeluarkan sumpah seranah terhadap binatang-binatang yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah. Wahai, penternak  lembu terbiar anda setiap hari dicaci, dimaki hamun oleh mereka-mereka yang tidak  berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah ini sejak dahulu sehingga kini. Kepada mereka   yang berpengaruh, risik-risiklah dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah  tersebut. Mahukah kita dilabelkan sebagai penduduk yg tidak bertanggungjawab terhadap tanah air tercinta kita. SILA BERI KOMEN RAKAN-RAKAN.....

5 comments:

  1. untuk mengatasi masalah ini, kerjasama dan permuafakatan yang ukhuwah perlu diutamakan. JKKK perlulah memainkan peranan utama dalam mengatasi situasi tersebut begitu juga tuan punya haiwan sewajarnya bertanggungjawab dan berupaya meletakkan ajaran islam dalam kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  2. sedarlah wahai penternak-penternak lembu tegar yang berkeliaran, kamu akan ditanya diakhirat nanti tentang tanggungjawab terhadap binatang peliharan kamu yang terbiar tidak dijaga dengan sehingga menyusahkan saudara-saudara kamu yang lain.INSAFLAH..........

    ReplyDelete
  3. Masalah ni mmg dah lama & dah buat Kg PN ni terkenal. Moga perternak akan sedar akan tanggungjawabnya.

    ReplyDelete
  4. DOK RETI NOK KABO DOH..ARI TU ADE GAK POK SUDIN KABO JGN BIO LEMBU DUK ATAH JALAN.SIAP UMUM D SEJID LG.TAPI DME TUAN2 LEMBU WAT DOK TAU JE...DEGI APAH GENG2 NI..PERE KE PERUT DME JE..PRUT ORG LAIN X JAGA LASUNG

    ReplyDelete
  5. ORE KG KITE MEME GITU, DR DULU DK BRUBOH2 SAPA LENI. AMBE RASA DEME TU BKARAT BLAKER DAH PALA OTAK, KITE YG BARU ADA CKIT ILMU NI NK KENA BRTINDAK BUAT SESUATU..... KE GUANE DEME BLAKER.

    ReplyDelete