INFO SEMASA

Makluman Semasa

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOGSPOT KAMPUNG KITER..... nafas baru bermula 2019

Tuesday 2 August 2011

Bazar Ramadhan Kuala Berang 2011

Hari Petama, Peniaga di Bazar Ramadhan menaikkan harga jualan melampau-lampau, contohnya secucuk daging panggang (3 ketul jer) RM 2.50, sepaha ayam panggang kecil jer RM 7.00. Masih ingatkah kejadian yg belaku di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka 2010 ketika itu saya berada disitu...... ingatlah peniaga-peniaga sekelian, penindasan yg melampau boleh mengakibatkan kemurkaan ALLAH...... sila komen

Saturday 30 July 2011

Salam Ramadhan 1432 Hijrah

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang 
bertaqwa.”


Tuesday 12 July 2011

MAKAM TOK GAJAH

Sejauh mana keprihatinan dan kecaknaan penduduk kampung tentang makam pahlawan terbilang pada zaman dahulu dalam memperjuangkan tanah melayu daripada penjajah. Beri komen anda.....

Monday 11 July 2011

NAJIS LEMBU YANG MELAMPAU

Untuk tatapan sekelian warga kampung pasir nering, selesakah anda dengan keadaan yang dihadapi sekarang yana mana setiap pagi terpaksa mengeluarkan sumpah seranah terhadap binatang-binatang yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah. Wahai, penternak  lembu terbiar anda setiap hari dicaci, dimaki hamun oleh mereka-mereka yang tidak  berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah ini sejak dahulu sehingga kini. Kepada mereka   yang berpengaruh, risik-risiklah dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah  tersebut. Mahukah kita dilabelkan sebagai penduduk yg tidak bertanggungjawab terhadap tanah air tercinta kita. SILA BERI KOMEN RAKAN-RAKAN.....